Mengapa Anda Perlukan Takaful
1. Apakah
Anda Yakin Yang Anda Tidak Akan Ditimpa Masalah
Kehidupan
kita di muka bumi ini tidak terkecuali daripada masalah.Sematkan
ayat ini sentiasa di fikiran kita.Setiap
apa yang kita lalui hari ini, adalah kurnian dan berkat daripada Allah, Tuhan
yang mengawal sekalian alam. Allah juga yang berkehendak jika mahu berlakunya
sesuatu musibah pada hamba-Nya.Jalan
terbaik untuk kita memperbesarkan kuasa-Nya adalah dengan persediaan yang rapi.Di sini
terletaknya kepentingan takaful. Kita melabur ke tempat yang dapat
menyelamatkan diri daripada masalah dan malapetaka seperti:
- Kecurian.
- Kebakaran.
- Kemalangan.
2. Sistem
Muamalat yang Untung
Ramai
yang menyatakan sistem konvensional lebih menguntungkan berbanding Takaful.Situasi
ini semakin berjaya dicantas dari semasa ke semasa. Terutamanya selepas
syarikat-syarikat Takaful mengumumkan peningkatan yang drastik, dari segi
keuntungan.Ini
membuatkan kebanyakan individu berlainan agama turut berminat untuk menyertai
Takaful.
3. Sistem
Bantuan Dianjurkan Agama
“Bekerjasamalah kamu dalam kebaikan dan jangan
bekerjasama dalam dosa dan permusuhan.” – Surah Al-Maidah Ayat 2
Dengan
melaburkan sejumlah wang ke dalam Takaful, kita sebenarnya telah membuat
keputusan untuk membantu orang ramai.Membantu
orang ramai adalah perbuatan yang dianjurkan dalam setiap agama, termasuk agama
Islam.Justeru
itu, maksimumkan setiap aliran kewangan kita. Walaupun pelaburan kita sedikit
untuk Takaful, namun sedikit itu adalah lebih baik daripada tiada langsung.
4.
Memperkasakan Ekonomi Islam
Dalam
pada kita membantu orang lain mengikut kaedah muamalat Islam, kita sebenarnya
sedang berjuang untuk memperkasakan ekonomi Islam. Bagi
penganut agama Islam, ini adalah salah satu cara untuk menyatakan hasrat murni
kita sebagai penganutnya.Bagi
agama lain, ini juga adalah salah satu daripada jalan untuk kita melihat
keindahan dunia Islam, dari segi muamalatnya.
5. Setiap
Risiko Berbeza Nilainya
Menerusi konsep
perlindungan Takaful, setiap risiko harian yang kita tanggung, berbeza nilainya.Sebagai
contoh, nilai kerugian apabila berlakunya kemalangan lebih tinggi, berbanding
kecurian kecil seperti kehilangan barang dan sebagainya.Bagi
mengelakkan diri kita daripada menanggung kerugian, Takaful dapat membantu dari
sudut bantuan kewangan yang telah kita laburkan sebelum ini.
6.
Waspada Dengan Musibah Harian
Setiap
kali kita melakukan pelaburan Takaful, minda, hati dan akal kita akan
memperingatkan diri tentang kekuasaan Allah yang sentiasa menguji hamba-Nya.Semoga
dengan pelaburan Takaful, kita sebagai hamba-Nya akan sentiasa mengingati
kekuasaan-Nya, ketika susah dan senang dalam kehidupan di dunia ini.
7.
Semakin Ramai, Semakin Kukuh
Sistem
perlindungan Takaful menjadi lebih indah dan bermakna, apabila lebih ramai
pelanggan melaburkan wang di tempat yang betul.Formula
untuk kesenangan dunia dan akhirat menerusi Takaful, adalah bernaung di bawah
syarikat Takaful yang mempunyai jumlah pelanggan yang besar.
PERLINDUNGAN TAKAFUL BUKAN SATU KEHENDAK, TAPI IA SATU KEPERLUAN.
SUDAHKAH ANDA DAN KELUARGA DILINDUNGI,
KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA.
SALIHA MOHD ALI
PERUNDING PRUBSN TAKAFUL (8AI00320)
PUTRAJAYA-BANGI-SERDANG -KAJANG-NILAI