Friday, 28 December 2012

PENGENALAN KEPADA TAKAFUL


1.DEFINASI TAKAFUL

Takaful didefinasikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta – peserta jika diperlukan dimana peserta – peserta sama – sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu. ( Akta Takaful 1984 )

2.KONSEP TAKAFUL

Takaful pada asasnya berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling salling membantu dikalangan peserta. Ia bertujuan menggalakkan sifat tolong menolong dan perpaduan dikalangan para peserta selari dengan konsep ta’awum ( saling bekerjasama )

3.FALSAFAH TAKAFUL

Falsafah takaful menekankan kepada sifat keikhlasan dan dibawah konsep ini para peserta memberi sumbangan kewangan berdasarkan kepada kontrak tabarru yang mana para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu para peserta di dalam pelan/skim takaful yang berkenaan.

4.APLIKASI TAKAFUL

Takaful merupakan  satu  pelan perlindungan dan konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam,yang berlandaskan hukum Syariah.

5. SEDIKIT SEJARAH BERKENAAN PERLINDUNGAN

Konsep perlindungan ini telah mula diamalkan sejak 1400 tahun dahulu. Pedagang -pedagang Arab zaman silam menggunakan konsep ini bagi melindungi barang dagangan mereka daripada ancaman cuaca ( ribut padang pasir ) dan rompakan. Bagi mengatasi masalah ini,mereka mengagih – agihkan barang dagangan kepada kafilah dan beberapa unta. Oleh itu jika ditakdirkan berlaku musibah ke atas mana – mana kalifah atau unta yang mereka gunakan itu, kerugian atau  kehilangan yang mungkin dialami hanya sekadar terhad kepada kalifah atau unta yang malang itu sahaja.


PERLINDUNGAN TAKAFUL BUKAN SATU KEHENDAK, TAPI IA SATU KEPERLUAN.


SUDAHKAH ANDA DAN KELUARGA DILINDUNGI,
KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA.


SALIHA MOHD ALI
012-3864950 (  salihaprubsn@blogspot.com  atau email: saliha@prubsnadvisor.com )
PERUNDING PRUBSN TAKAFUL (8AI00320)
PUTRAJAYA-BANGI-SERDANG-KAJANG-NILAI