Saturday, 16 February 2013

PENGURUSAN KEWANGAN

Amalan pengurusan kewangan peribadi yang berhemah

Berikut merupakan antara beberapa kesilapan yang kerap dilakukan dalam menguruskan wang:
  • Sentiasa memberi alasan tidak ada masa sehingga gagal untuk merancang kewangan.
  • Kerap berbelanja dengan menggunakan kad kredit tetapi bayaran bulanan pula hanya pada tahap minimum.
  • Asyik memikirkan mengenai wang sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.
  • Berbelanja mengikut nafsu sehingga melebihi kemampuan.
  • Sering kali terlibat dalam pelaburan tetapi terlalu cetek ilmu yang ada mengenai produk yang dipilih.
  • Tidak mempunyai simpanan khas untuk digunakan ketika kecemasan.
  • Sentiasa menangguhkan untuk membuat simpanan hari tua dan terlalu mengharapkan simpanan KWSP ataupun pencen tanpa merancang dengan teliti keperluan sebenar sewaktu bersara kelak. 
 Tip menguruskan kewangan dengan bijak
 Berikut merupakan beberapa tip yang boleh dijadikan panduan dalam merancang kewangan.
  • Pastikan setiap kali menerima gaji bahagian wang yang hendak dijadikan simpanan disimpan dalam akaun khas.
  • Cuba elakkan dari berbelanja menggunakan kad kredit, jika masih tidak dapat mengawal diri, cuba sedaya upaya melangsaikan hutang-hutang dengan cepat dan batalkan kad anda serta merta.
  • Rancang kewangan anda dengan teliti. Wujudkan pelan perbelanjaan peribadi khas yang meliputi perbelanjaan harian, mingguan, bulanan sehinggalah perbelanjaan tahunan.
  • Elakkan diri dari berhutang kecuali untuk membeli benda seperti kereta dan rumah. Jika tidak mampu, disarankan supaya anda menangguhkan dulu hasrat sehingga anda benar-benar mampu.
  • Amalkan sikap menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sebelum melangkah pergi ke pusat membeli belah bagi mengelakkan anda dari membelanjakan wang untuk barangan yang tidak penting.
  • Jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan anda. Perkara ini hanya akan membebankan anda di kemudian hari.
  • Pastikan anda mempunyai tabungan khas bagi digunakan ketika kecemasan.
  • Adalah penting bagi anda memiliki insurans yang bersesuaian dengan anda atau keluarga. Pastikan peruntukan yang cukup disediakan bagi tujuan ini kerana apa yang pasti, malang tidak berbau.

Tip untuk membuat pelaburan bijak

Berikut merupakan beberapa tip yang dapat digunakan sebelum membuat pelaburan.
  • Kenali dengan jelas jenis pelaburan yang terdapat di pasaran. Sebagai contoh, pelaburan dalam pasaran modal seperti saham, bon, niaga hadapan, unit amanah ataupun dalam pasaran bukan modal seperti insurans, hartanah dan sebagainya.
  • Ketahui matlamat sebenar pelaburan yang bakal anda lakukan. Adakah ia bersifat jangka pendek atau pun sebaliknya.
  • Padankan matlamat pelaburan dengan profil pelaburan anda iaitu sasaran keuntungan yang anda inginkan dan juga risiko yang bakal anda hadapi. Pada dasarnya, pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan, risikonya juga tinggi, sebagai contoh melabur dalam bursa saham. Begitu juga yang sebaliknya.
  • Setelah mengetahui kehendak diri, pastikan anda memilih produk pelaburan yang bertepatan dengan kehendak dan kemampuan anda. Sebagai contoh saham dan unit amanah adalah bersesuaian dengan pelabur runcit memandangkan modal awal yang diperlukan kecil berbanding niaga hadapan dan bon yang memerlukan modal awal yang besar.
  • Pastikan anda telah faham secukupnya tentang pelaburan dan membuat kajian terperinci tentang produk yang bakal anda pilih sebelum melabur. Jangan sesekali melabur berlandaskan naluri tanpa merujuk kepada apa-apa maklumat terlebih dahulu. Sebagai contoh jika anda ingin melabur dalam unit amanah, pastikan anda tahu jenis unit amanah dan syarikat yang menguruskan unit amanah itu. Rujuk prospektus pelaburan dan bandingkan antara beberapa syarikat yang menguruskan amanah sebelum memilih yang terbaik untuk melabur.
  • Cuba untuk fokus kepada matlamat pelaburan jangka panjang kerana ia lebih berkesan berbanding pelaburan jangka pendek yang lebih terpengaruh dengan apungan pasaran yang tidak menentu. Ini akan menjejaskan potensi pelaburan anda.
  • Amalkan konsep melabur secara pemurataan kos ringgit (dollar cost averaging). Konsep pelaburan ini membolehkan anda mendapat manfaat dari ketidaktentuan pasaran memandangkan pelaburan yang dibuat adalah bersifat konsisten, bukannya melabur sekali untuk satu jumlah tertentu pada satu masa sahaja.
  • Jika anda mempunyai cukup masa, wujudkan satu portfolio pelaburan peribadi. Ini adalah bertujuan mengurangkan risiko seandainya sesuatu produk yang anda pilih mengalami kegagalan. Portfolio bermaksud melabur dalam lebih daripada satu produk pelaburan.
  • Akhir sekali fokuslah terhadap matlamat pelaburan anda dan elakkan daripada dipengaruhi khabar angin. Elakkan juga diri anda dari tertipu oleh produk pelaburan palsu seperti skim cepat kaya dan sebagainya.

(SUMBER: FOMCA dan JAPEM)
Disediakan oleh: 
Institut Perakaunan Negara (IPN) 


SALIHA MOHD ALI
012-3864950 (  salihaprubsn@blogspot.com  atau email: saliha@prubsnadvisor.com )
PERUNDING PRUBSN TAKAFUL (8AI00320)
PUTRAJAYA-BANGI-SERDANG-KAJANG-NILAI

TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN



TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Takaful perubatan dan perlindungan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan, jika Peserta didiagnosis menghidap penyakit terentu  atau terlibat dalam  kemalangan. Perlindungan tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak tambahan kepada pelan Takaful Keluarga Asas.

JENIS PERLINDUNGAN        
                                                              
*Fi professional dan perkhidmatan  hospital – Pelan ini memberi perlindungan kepada Peserta terhadap perbelanjaan perkhidmatan hospital dan fi professional akibat kecederaan atau penyakit yang dialami, seperti caj wad, caj pembedahan dan caj unit rawatan rapi ( di bawah pelan kad perubatan )

*Manfaaat penghospitalan – D ibawah pelan ini, Peserta akan diberi elaun harian bagi setiap hari Peserta berada di hospital disbabkan oleh penyakit dan/atau kecederaan, tertakluk kepada bilangan hari maksimum ( 100 hari bagi PruBSN Takaful )

*Penyakit kritikal – Pelan ini memberi manfaat sekali pembayaran sekiranya peserta didiagnosis menghidap salah satu daripada penyakit – penyakit kritikal yang dinyatakan di dalam sijil.

Manfaat yang dilindungi
Manfaat yang dilindungi di bawah pelan takaful perubatan dan kesihatan bergantung kepada jenis pelan yang disertai. Antara perlindungan yang dirangkumi di bawah pelan takaful perubatan dan kesihatan ialah :
a.Penghospitalan                                                        
b.Unit rawatan rapi                                     
c.Rawatan pesakit luar                                
d.Pembedahan
e.Lawatan sebelum masuk hospital

Pelan penyakit kritikal

Pelan ini melindungi 36 jenis penyakit kritikal.

PERLINDUNGAN TAKAFUL BUKAN SATU KEHENDAK, TAPI IA SATU KEPERLUAN.


SUDAHKAH ANDA DAN KELUARGA DILINDUNGI,
KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA.

SALIHA MOHD ALI
012-3864950 (  salihaprubsn@blogspot.com  atau email: saliha@prubsnadvisor.com )
PERUNDING PRUBSN TAKAFUL (8AI00320)
PUTRAJAYA-BANGI-SERDANG-KAJANG-NILAI

Friday, 15 February 2013

KERATAN AKHBAR

SUDAHKAN ANDA DAN KELUARGA BERSEDIA DENGAN SEMUA PERKARA INI....................................

1.KOS PERUBATAN YANG MENCECAH RIBUAN RINGGIT.

   KOS PEMBEDAHAN YANG MENCECAH RM 500 000.00


    HOSPITAL SWASTA ENGGAN MENERIMA MANA - MANA PESAKIT TANPA              
    DEPOSIT.


    BIL HOSPITAL YANG SEMAKIN MEMBEBANKAN


   KAKITANGAN SWASTA KECEWA TAK DIMAKLUM CAJ  MELEBIHI JUMLAH  
   MAKSIMUM DI TANGGUNG INSURANS ( PASTIKAN ANDA TAHU HAD 
   PERLINDUNGAN ANDA )


2. MASA DEPAN KELUARGA ANDA

     MASA DEPAN ANAK ANDA BERGANTUNG KEPADA KEPUTUSAN YANG 
     ANDA BUAT  PADA HARI INI.

PERLINDUNGAN TAKAFUL BUKAN SATU KEHENDAK, TAPI IA SATU KEPERLUAN.


SUDAHKAH ANDA DAN KELUARGA DILINDUNGI,
KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA.

SALIHA MOHD ALI
012-3864950 (  salihaprubsn@blogspot.com  atau email: saliha@prubsnadvisor.com )
PERUNDING PRUBSN TAKAFUL (8AI00320)
PUTRAJAYA-BANGI-SERDANG -KAJANG-NILAI

Thursday, 14 February 2013

MENGAPA ANDA PERLUKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL


Mengapa Anda Perlukan Takaful

1. Apakah Anda Yakin Yang Anda Tidak Akan Ditimpa Masalah

Kehidupan kita di muka bumi ini tidak terkecuali daripada masalah.Sematkan ayat ini sentiasa di fikiran kita.Setiap apa yang kita lalui hari ini, adalah kurnian dan berkat daripada Allah, Tuhan yang mengawal sekalian alam. Allah juga yang berkehendak jika mahu berlakunya sesuatu musibah pada hamba-Nya.Jalan terbaik untuk kita memperbesarkan kuasa-Nya adalah dengan persediaan yang rapi.Di sini terletaknya kepentingan takaful. Kita melabur ke tempat yang dapat menyelamatkan diri daripada masalah dan malapetaka seperti:
  1. Kecurian.
  2. Kebakaran.
  3. Kemalangan.
2. Sistem Muamalat yang Untung

Ramai yang menyatakan sistem konvensional lebih menguntungkan berbanding Takaful.Situasi ini semakin berjaya dicantas dari semasa ke semasa. Terutamanya selepas syarikat-syarikat Takaful mengumumkan peningkatan yang drastik, dari segi keuntungan.Ini membuatkan kebanyakan individu berlainan agama turut berminat untuk menyertai Takaful.

3. Sistem Bantuan Dianjurkan Agama

“Bekerjasamalah kamu dalam kebaikan dan jangan bekerjasama dalam dosa dan permusuhan.” – Surah Al-Maidah Ayat 2

Dengan melaburkan sejumlah wang ke dalam Takaful, kita sebenarnya telah membuat keputusan untuk membantu orang ramai.Membantu orang ramai adalah perbuatan yang dianjurkan dalam setiap agama, termasuk agama Islam.Justeru itu, maksimumkan setiap aliran kewangan kita. Walaupun pelaburan kita sedikit untuk Takaful, namun sedikit itu adalah lebih baik daripada tiada langsung.

4. Memperkasakan Ekonomi Islam

Dalam pada kita membantu orang lain mengikut kaedah muamalat Islam, kita sebenarnya sedang berjuang untuk memperkasakan ekonomi Islam.Bagi penganut agama Islam, ini adalah salah satu cara untuk menyatakan hasrat murni kita sebagai penganutnya.Bagi agama lain, ini juga adalah salah satu daripada jalan untuk kita melihat keindahan dunia Islam, dari segi muamalatnya.

5. Setiap Risiko Berbeza Nilainya

Menerusi konsep perlindungan Takaful, setiap risiko harian yang kita tanggung, berbeza nilainya.Sebagai contoh, nilai kerugian apabila berlakunya kemalangan lebih tinggi, berbanding kecurian kecil seperti kehilangan barang dan sebagainya.Bagi mengelakkan diri kita daripada menanggung kerugian, Takaful dapat membantu dari sudut bantuan kewangan yang telah kita laburkan sebelum ini.

6. Waspada Dengan Musibah Harian

Setiap kali kita melakukan pelaburan Takaful, minda, hati dan akal kita akan memperingatkan diri tentang kekuasaan Allah yang sentiasa menguji hamba-Nya.Semoga dengan pelaburan Takaful, kita sebagai hamba-Nya akan sentiasa mengingati kekuasaan-Nya, ketika susah dan senang dalam kehidupan di dunia ini.

7. Semakin Ramai, Semakin Kukuh

Sistem perlindungan Takaful menjadi lebih indah dan bermakna, apabila lebih ramai pelanggan melaburkan wang di tempat yang betul.Formula untuk kesenangan dunia dan akhirat menerusi Takaful, adalah bernaung di bawah syarikat Takaful yang mempunyai jumlah pelanggan yang besar.

PERLINDUNGAN TAKAFUL BUKAN SATU KEHENDAK, TAPI IA SATU KEPERLUAN.


SUDAHKAH ANDA DAN KELUARGA DILINDUNGI,
KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA.


SALIHA MOHD ALI
012-3864950 (  salihaprubsn@blogspot.com  atau email: saliha@prubsnadvisor.com )
PERUNDING PRUBSN TAKAFUL (8AI00320)
PUTRAJAYA-BANGI-SERDANG -KAJANG-NILAI

PENGECUALIAN DAN TUNTUTAN


PENGECUALIAN DAN TUNTUTAN

PENGECUALIAN
Takaful Perubatan & Kesihatan  pada lazimnya tidak melindungi perkara – perkara berikut :

*Penyakit sedia ada semasa memohon menyertai takaful.
*Tuntutan terhadap penyakit atau  kecederaan  akibat daripada perlakuan yang melanggar  
  atau menyalahi undang – undang.
*Kehamilan atau kelahiran.
*Penyakit venereal, jangkitan atau parasit.
*Pembunuhan atau serangan fizikal.
*Pembedahan plastik atau  kosmetik.

TUNTUTAN
Jika perbelanjaan Peserta termasuk dibawah  perlindungan sijil perubatan dan kesihatan, Agen bagi pihak Peserta dinasihatkan untuk membuat perkara – perkara berikut:
*Memberi notis bertulis kepada pengendali takaful dengan segera.
*Menyediakan document – document berikut:
            -Semua bil dan resit asal.
            -Laporan  lengkap doctor mengenai diagnosis penyakit yang dirawat.
            -Pendapat doctor mengenai tarikh penyakit mula dihadapi.
            -Keterangan ringkas mengenai kos rawatan termasuk perubatan dan perkhidmatan 
             yang diterima.


PERLINDUNGAN TAKAFUL BUKAN SATU KEHENDAK, TAPI IA SATU KEPERLUAN.


SUDAHKAH ANDA DAN KELUARGA DILINDUNGI,
KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA.



SALIHA MOHD ALI
012-3864950 (  salihaprubsn@blogspot.com  atau email: saliha@prubsnadvisor.com )
PERUNDING PRUBSN TAKAFUL (8AI00320)
PUTRAJAYA-BANGI-SERDANG -KAJANG-NILAI

PELAN PENYAKIT KRITIKAL


PELAN PENYAKIT KRITIKAL

Di bawah pelan ini terdapat 36 jenis penyakit kritikal yang dilindungi. Jenis penyakit tersebut adalah seperti di bawah :
1.Serangan sakit jantung.                        32.Sindrom apalik.
2.Pembedahan pintasan arteri koronari.  33.Poliomelitis.
3.Kegagalan buah pinggang.                   34.AIDS peringkat awal.
4.Pemindahan organ utama.                    35.Penyakit paru – paru kronik.
5.Sklerosis berganda.                              36.Penyakit – penyakit koronari lain  yang serius
6.Buta.
7.Pekak.
8.Hilang suara.
9.Kelecuran api yang teruk.
10.Penyakit terminal.
11.Jangkitan HIV yang diperolehi melalui pekerjaan.
12.Anemia.
13.Apliastik.
14.Tumor otak benigna.
15.Strok.
16.Barah.
17.Hepatitis fulminant.
18.Kelumpuhan (paraplegia, tetraplegia)
19.Hipertensi arteri pulmonori utama.
20.Pembedahan injap jantung.
21.Pembedahan aorta.
22.Penyakit Alzheimer.
23.Koma.
24.Penyakit neuron  motor.
25.Penyakit Parkinson.
26.Kecederaan teruk kepala akibat kemalangan yang menyebabkan trauma.
27.Distrofi otot.
28.Kuman ensefalities.
29.Penyakit hati kronik.
30.Meningitis bakteria akut.
31.Pembedahan otak.

PERLINDUNGAN TAKAFUL BUKAN SATU KEHENDAK, TAPI IA SATU KEPERLUAN.


SUDAHKAH ANDA DAN KELUARGA DILINDUNGI,
KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA.


SALIHA MOHD ALI
012-3864950 (  salihaprubsn@blogspot.com  atau email: saliha@prubsnadvisor.com )
PERUNDING PRUBSN TAKAFUL (8AI00320)
PUTRAJAYA-BANGI-SERDANG -KAJANG-NILAI

FI PROFESIONAL DAN PERKHIDMATAN HOSPITAL



FI PROFESIONAL DAN PERKHIDMATAN HOSPITAL
 Pelan Takaful Health2
Pelan
TH2
Pelan 150
(RM)
TH2
Pelan 200
(RM)
TH2
Pelan 250
(RM)
TH2
Pelan 300
(RM)
TH2
Pelan 400
(RM)
TH2
Pelan 500
(RM)
TH2
Pelan 600
(RM)
BONUS BAGI TIADA TUNTUTAN TAHUNAN
100
150
300
400
500
600
700
Hospital dan Pembedahan
150
200
250
300
400
500
600
Manfaat Bilik & Penginapan Hospital Harian  ( 120 hari setahun )
Unit Rawatan Rapi ( 30 hari setahun )
Tiada ko- takaful 
( kecuali TH 2 Pelan 150 )
Manfaat Pembedahan
Perkhidmatan Hospital dan yang berkaitan
Rawatan Pesakit Luar
Tiada ko – takaful 
( kecuali TH 2 Pelan 150 )
Manfaat Rawatan sebelum masuk Hospital  (dalam tempoh 30 hari sebelum masuk)
Manfaat Rawatan selepas keluar Hospital (dalam tempoh 90 hari selepas keluar )
Manfaat Penjagaan Jururawat di Rumah   ( 180 hari bagi seumur hidup )
Pembedahan Bilik Hari
Rawatan Kanser
Rawatan Dialisis Buah Pinggang
Rawatan Kecemasan untuk Kecederaan akibat Kemalangan( Had Tahunan )
1 000
1 500
2 000
3 000
4 000
5 000
6 000
Had Tahunan Keseluruhan
50 000
62 500
75 000
100 000
150 000
200 000
250 000
Had Seumur Hidup
500 000
625 000
750 000
1 000 000
1 500 000
2 000 000
2 500 000
Bantuan Perubatan Kecemasan
ya

* untuk TH2 Pelan 200 ke atas tanpa ko-takaful tiada bonus tanpa tuntutan.

PERLINDUNGAN TAKAFUL BUKAN SATU KEHENDAK, TAPI IA SATU KEPERLUAN.


SUDAHKAH ANDA DAN KELUARGA DILINDUNGI,
KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA.

SALIHA MOHD ALI
012-3864950 (  salihaprubsn@blogspot.com  atau email: saliha@prubsnadvisor.com )
PERUNDING PRUBSN TAKAFUL (8AI00320)
PUTRAJAYA-BANGI-SERDANG-KAJANG-NILAI