Saturday, 29 December 2012

PERBEZAAN DIANTARA TAKAFUL DENGAN INSURANS KONVENSIONAL



TAKAFUL


INSURANS KONVENSIONAL

Pematuhan kepada  hukum syarak

Tidak mematuhi hukum syarak
Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad tabarru’, mudharabah dan wakalah

Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad jual beli
Pengendali takaful merupakan pengurus tabung dan tidak memberi jaminan kepada peserta

Syarikat insurans merupakan pemilik tabung dan menjadi penjamin kepada peserta
Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama dan tabbaru

Syarikat menjamin peserta berdasarkan kepada faktor - faktor  komersial
Bebas daripada  riba, gharar dan maisir

Banyak unsur - unsur  riba, gharar dan maisir
Adanya Majlis Pengawasan Syariah

Tiada Majlis Pengawasan Syariah
Keuntungan akan dikongsi bersama  diantara pengendali takaful dan pesera berdasarkan kepada Mudharabah atau Yuran Prestasi Pelaburan

Keuntungan diagih mengikut keputusan syarikat


PERLINDUNGAN TAKAFUL BUKAN SATU KEHENDAK, TAPI IA SATU KEPERLUAN.


SUDAHKAH ANDA DAN KELUARGA DILINDUNGI,
KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA.


SALIHA MOHD ALI
012-3864950   (  salihaprubsn@blogspot.com  atau email: saliha@prubsnadvisor.com )
PERUNDING PRUBSN TAKAFUL (8AI00320)
PUTRAJAYA-BANGI-SERDANG-KAJANG-NILAI


PENDAPAT ULAMA TERHADAP INSURANS DAN PENUBUHAN TAKAFUL


Konsep insurans telah mula dibicarakan oleh Sheikh Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Ibnu Abidin. Beliau membicarakan insurans perkapalan di zaman Khalifah Othmaniah dan berpendapat bahawa bentuk insurans pada masa itu tidak dibenarkan oleh syarak.

Pada tahun 1965, Kongres Penyelidikan Islam yang berlangsung di Kaherah telah membincangkan persoalan hukum insurans di dalam dunia Islam.

Pada tahun 1971 perkara yang sama telah dibincangkan oleh Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Ekonomi Islam yang diadakan di Mekah.

Pada 15 Jun 1972, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam persidangan kelima telah memutuskan bahawa insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat – syarikat insurans adalah suatu muamalat yang  fasid ( rosak/tidak sah ) dan tidak sesuai dengan prinsip – prinsip Islam khususnya dari segi akad kerana mengandungi unsur – unsur gharar ( ketidakpastian ), maisir ( judi ) dan riba. Kontrak insurans konvensional yang berasaskan kepada penjualan polisi antara pemegang polisi atau pihak yang diinsurankan dan penanggung insurans menjadi sebab utama mengapa insurans konvensional diharamkan.

Pada tahun 1985, Majlis Tertinggi Ulama’ di Mekah, Arab Saudi, Akademi Fekah Islam ( Majma’ al – Fiqh ) telah mencadangkan sistem takaful yang mengikut hukum Syarak sebagai aleternatif  kepada insurans. Dalam cadangan berkenaan, kontrak tabarru’ diperkenalkan untuk menghindari unsur – unsur gharar dan maisir.

PERLINDUNGAN TAKAFUL BUKAN SATU KEHENDAK, TAPI IA SATU KEPERLUAN.


SUDAHKAH ANDA DAN KELUARGA DILINDUNGI,
KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA.



SALIHA MOHD ALI
012-3864950 (  salihaprubsn@blogspot.com  atau email: saliha@prubsnadvisor.com )
PERUNDING PRUBSN TAKAFUL (8AI00320)
PUTRAJAYA-BANGI-SERDANG-KAJANG-NILAI

Friday, 28 December 2012

PENGENALAN KEPADA TAKAFUL


1.DEFINASI TAKAFUL

Takaful didefinasikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta – peserta jika diperlukan dimana peserta – peserta sama – sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu. ( Akta Takaful 1984 )

2.KONSEP TAKAFUL

Takaful pada asasnya berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling salling membantu dikalangan peserta. Ia bertujuan menggalakkan sifat tolong menolong dan perpaduan dikalangan para peserta selari dengan konsep ta’awum ( saling bekerjasama )

3.FALSAFAH TAKAFUL

Falsafah takaful menekankan kepada sifat keikhlasan dan dibawah konsep ini para peserta memberi sumbangan kewangan berdasarkan kepada kontrak tabarru yang mana para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu para peserta di dalam pelan/skim takaful yang berkenaan.

4.APLIKASI TAKAFUL

Takaful merupakan  satu  pelan perlindungan dan konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam,yang berlandaskan hukum Syariah.

5. SEDIKIT SEJARAH BERKENAAN PERLINDUNGAN

Konsep perlindungan ini telah mula diamalkan sejak 1400 tahun dahulu. Pedagang -pedagang Arab zaman silam menggunakan konsep ini bagi melindungi barang dagangan mereka daripada ancaman cuaca ( ribut padang pasir ) dan rompakan. Bagi mengatasi masalah ini,mereka mengagih – agihkan barang dagangan kepada kafilah dan beberapa unta. Oleh itu jika ditakdirkan berlaku musibah ke atas mana – mana kalifah atau unta yang mereka gunakan itu, kerugian atau  kehilangan yang mungkin dialami hanya sekadar terhad kepada kalifah atau unta yang malang itu sahaja.


PERLINDUNGAN TAKAFUL BUKAN SATU KEHENDAK, TAPI IA SATU KEPERLUAN.


SUDAHKAH ANDA DAN KELUARGA DILINDUNGI,
KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA.


SALIHA MOHD ALI
012-3864950 (  salihaprubsn@blogspot.com  atau email: saliha@prubsnadvisor.com )
PERUNDING PRUBSN TAKAFUL (8AI00320)
PUTRAJAYA-BANGI-SERDANG-KAJANG-NILAI